Menu
Bas Bersiri Sejagat PengenalanSistem USB mempunyai reka bentuk asimetri, mengandungi pengawal hos dan berbilang peranti disambung menurut bentuk pohon dengan menggunakan peranti hab khas. Terdapat had lima aras cabang hab bagi setiap pengawal. Sehingga 127 peranti boleh disambungkan kepada pengawal hos tunggal, tetapi peranti hab mesti turut diambil kira. Komputer moden kemungkinannya mempunyai beberapa pengawal hos dengan itu jumlah peranti berguna yang disambung jauh lebih rendah berbanding dari apa yang boleh disambungkan kepada pengawal tunggal. Pemutus (terminator) tidak diperlukan untuk bas USB, sebagaimana yang diperlukan bagi SPI-SCSI dan beberapa yang lain.
Rekabentuk USB adalah bertujuan untuk memansuhkan keperluan untuk menambah kad tambahan berasingan kepada slot ISA atau PCI, serta menambah baik keupayaan Palam dan Main dengan membenarkan peranti untuk disambungkan atau dutanggalkan secara terus tanpa menghidupkan semula komputer. Apabila peranti baru disambungkan buat pertama kali, komputer hos akan mengecam peranti tersebut dan seterusnya memuatkan fail pemacu yang diperlukan untuk menjalankannya.
Hab USBUSB boleh menyambungkan perkakasan komputer seperti tetikus, papan kekunci, pad permainan dan kayu bedik, pengimbas, kamera digital, pencetak, cakera keras dan komponen rangkaian komputer. Bagi peranti multimedia seperti pengimbas dan kamera digital, sambungan USB menjadi sambungan piawaian. Bagi pencetak pula, populariti USB secara beransur-ansur menggantikan port selari kerana teknologi USB memudahkan pengguna untuk menyambungkan lebih daripada satu pencatak pada komputer. Setakat tahun 2004, terdapat lebih kurang 1 bilion peranti USB di dunia. Setakat tahun 2005, peranti yang tidak dapat disambungkan melalui port USB hanyalah monitor komputer serta perkakasan video digital berkualiti tinggi kerana peranti tersebut memerlukan kadar pemindahan data yang sangat tinggi.
Rekabentuk USB dipiawaikan oleh Forum Pelaksana USB (USB-IF), sebuah badan piawaian industri yang menggabungkan syarikat-syarikat ternama dari industri pengkomputeran dan elektronik. Antara ahlinya termasuk Apple Computer, Hewlett-Packard, NEC, Microsoft, Intel, dan Agere.
Sehingga Januari 2005, spesifikasi USB adalah pada versi 2.0. Hewlett-Packard, Intel, Lucent, Microsoft, NEC dan Philips bergabung tenaga dalam merintis inisiatif untuk membangunkan spesifikasi yang lebih baik dari versi 1.1 dari sudut kadar pemindahan data yang lebih pantas untuk memenuhi permintaan kelajuan pemindahan data teknologi yang sedang membangun. Spesifikasi USB 2.0 telah dilancarkan pada April 2000 dan telah dipiawaikan oleh USB-IF pada akhir 2001. Pelancaran ketara sebelumnya adalah seperti spesifikasi 0.9, 1.0, dan 1.1. Setiap spesifikasi terbaru yang telah dipiawaikan berikut dapat digunakan pada spesifikasi versi yang terdahulu.
Terdapat juga plug dan penerima USB yang lebih kecil yang dipanggil Mini-A dan Mini-B, yang mana dijelaskan sebagai Tambahan kepada spesifikasi USB 2.0O yang sedia ada. Spesifikasi tersebut adalah semakan kepada versi 1.0a.
Peranti yang disambungkan kepada bas USB boleh jadi ubahsuai sepenuhnya ataupun tergolong di dalam sesuatu kelas peranti. Kelas tersebut menetapkan sifat jangkaan bagi penerangan antaramuka dan peranti, oleh itu pemacu peranti yang sama boleh digunakan pada mana-mana perkakasan di dalam kelas yang sama. Sesebuah sistem pengendalian harus mengimplementasikan kesemua kelas peranti dengan menyediakan pemacu peranti am kepada mana-mana peranti USB. Kelas yang paling banyak digunakan adalah:
Kelas peranti telah ditetapkan oleh Kumpulan Peranti Bekerja (Device Working Group) dari Forum Pelaksana USB.
Pin | Fungsi (hos) | Fungsi (peranti) |
---|---|---|
1 | VBUS (4.75–5.25 V) | VBUS (4.4–5.25 V) |
2 | D− | D− |
3 | D+ | D+ |
4 | Wayar bumi | Wayar bumi |
Isyarat USB dihantar melalui kabel data jenis kembar berpintal, dilabelkan sebagai D+ dan D−. Ia menggunakan pengisyaratan pembezaan dupleks separuh bagi menangani kesan bising elektromagnetik pada talian yang lebih panjang. D+ dan D− beroperasi bersama-sama; kedua-duanya bukanlah sambungan simpleks berasingan.
USB menyokong 3 kadar pemindahan data.
Tidak semua peranti USB 2.0 menggunakan Kelajuan Penuh. Sesebuah peranti USB seharusnya menyatakan kelajuan sebenar yang digunakan dengan melabelkan dengan tepat pada kotak atau pada peranti. USB-IF mengesahkan peranti dan menyediakan lesen untuk menggunakan logo pemasaran khas sama ada "Kelajuan Asas" ataupun Kelajuan Penuh selepas melepasi ujian keserasian dan membayar yuran pelesenan.
Kelajuan bagi peranti Kelajuan Tinggi akan jatuh ke kadar yang lebih perlahan apabila dipalamkan ke hab Kelajuan Penuh. Hab Kelajuan Penuh mempunyai fungsi khas iaitu Penterjemah Transaksi yang mengasingkan kadar trafik bas Kelajuan Penuh dan Kelajuan Rendah daripada trafik Kelajuan Tinggi. Penterjemah Transaksi pada hab Kelajuan Penuh (atau mungkin setiap port, bergantung kepada rekabentuk elektrikal) akan berfungsi sebagai bas Kalajuan Penuh berasingan kepada peranti Kelajuan Penuh dan Kelajuan Rendah yang dipalamkan kepadanya. Pengasingan ini hanyalah untuk lebar jalur sahaja, peraturan bas mengenai kuasa dan kedalaman hab masih diguna pakai.
Pin | Fungsi |
---|---|
1 | VBUS (4.4–5.25 V) |
2 | D− |
3 | D+ |
4 | ID |
5 | Wayar bumi |
Kebanyakan pin penyambung USB mini adalah sama dengan penyambung USB piawai, kecuali pin 4. Pin 4 dipanggil ID dan dikaitkan kepada pin 5 untuk mini-A, dan sama ada tidak dikaitkan atau dikaitkan kepada pin 5 melalui sebuah perintang untuk mini-B.
USB belum lagi menggantikan sepenuhnya sambungan papan kekunci AT dan sambungan papan kekunci dan tetikus PS/2 , tetapi secara maya, semua papan induk PC dibina pada hari ini mempunyai satu atau lebih port USB. Setakat 2004, hampir semua papan induk baru mempunyai banyak port USB berhalaju-tinggi, walaupun ada di'dalam, dan memerlukan penyambung "header" untuk membolehkan dicapai accessible dari depan atau belakang kotak komputer case. Juga, sokongan pada kayu-ria, pad kekunci, tablet dan lain-lain peranti antara muka manusia sedang dipindahkan secara progresif dari MIDI, "game" dan sambungan PS/2 kepada USB. Adalah agak biasa sekarang bagi papan kekunci dan tetikus menjadi peranti USB, yang dihantar bersama alat pengubah USB-ke-PS/2 kecil yang disambungkan pada hujungnya, supaya ia boleh digunakan samada dengan USB atau PS/.
Komputer Apple telah menggunakan tetikus dan papan kekunci secara ekslusif sejak Januari 1999.
Menu
Bas Bersiri Sejagat PengenalanBerkaitan
Bas BASF Bas Bersiri Sejagat Basenji Basikal Bas Bandar GoKL Basikal gegancu pengun Basmalah Gralind Basuki Tjahaja Purnama Baset biru GascogneRujukan
WikiPedia: Bas Bersiri Sejagat http://www.bootdisk.com/usb.htm http://developer.intel.com/technology/usb/uhci11d.... http://www.lvr.com/usb.htm http://www.windowsnetworking.com/articles_tutorial... http://petai.my/2010/04/10-rekaan-paling-kreatif-u... http://www.beyondlogic.org/usbnutshell/usb-in-a-nu... http://usbmount.alioth.debian.org/ http://www.linux-usb.org/ http://www.usb.org/ http://www.usb.org/developers/docs/